000004
Mengapa kau sering ucapkan ayat yang sepertinya di mulut sahaja
Sedangkan aku ucapkan apa yang aku maksudkan
“Whatever happens, I’ll be beside you”
“I’ll do anything for you”
Mengapa kau ucapkan
Tapi tidak maksudkannya
Mengapa aku tidak ucapkan
Sedangkan aku lakukan
Jangan hancurkan aku lagi
Aku sudah penat kecewa
Aku bersama kau untuk mengubati luka
Kerana kau menjanjikan sesuatu yang berbeza dari sebelum ini
000005
Aku mahu bahagia
Aku mahu senyum
Adakah ini satu hal yang susah untuk dikecapi?
000006
Jangan buaikan aku dengan kata-kata manis
Dengan ucapan sayang
Jangan taburkan aku janji-janji
Yang sekadar janji
Jika kau sendiri tak bermaksud apa yang kau katakan
Sudah!
Berhenti!
Jangan ucap lagi!
Aku tak mahu dengar
Kalau semua itu sekadar ucapan yang tidak bermakna
No comments:
Post a Comment