Bukan mudah untuk cinta menghilang
Bukan mudah untuk tidak sayang lagi
Bukan mudah untuk tidak merindu lagi
Tetapi
Semua itu boleh terjadi
Janji lah kau kepada dia
Berkatalah kau
Bersumpahlah kau sekuat mana pun
Yang kau takkan melangkah pergi dari hidupnya
Semua itu boleh terjadi
Kau mahu tahu caranya?
Sangat mudah
Kau taburkan janji manismu
Kau buat dia percaya semua katamu
Selepas itu
Kau langgar semuanya
Jangan pernah kau tunaikan janjimu yang pernah kau tabur padanya dulu
Jangan pernah kau ada untuknya saat dia perlukan kau
Pergi menghilang di saat dia perlu kau
Muncul lah hanya pada saat senangnya
Bila dia ingin pergi
Kau rayu dia
Janji tak akan buat lagi
Kau ulangi berkali-kali
Bertahun jika kau mampu
Bila dia akhirnya sedar
Pasti cinta itu akan hilang
Pasti rindu tidak bertandang lagi
Pasti sayang itu takkan ada
Bila sudah tiba waktu itu
Hatinya mati
Hatinya tawar
Takkan ada lagi peluang untuk kau
Bila sudah tiba waktu itu
Jangan pula kau tuduh dia curang
Jangan pula kau tuduh dia mungkir pada janjinya
Bila sudah tiba waktu itu
Kau pula yang seharusnya sedar
Yang dia juga punya hati dan perasaan
Hati dan perasaan itu juga ingin dihargai
Hati dan perasaan itu juga ingin dipeluk saat jatuh hancurnya
Hati dan perasaan itu juga ingin merasa
Bahagianya bila tertunai janji manis dari kau
Kini
Jangan salahkan dia!
Jangan salahkan dia bila dia tidak mahu memberi peluang lagi
JANGAN SALAHKAN DIA!
(Elviera, 2015.08.18, 0249)
No comments:
Post a Comment